Seksyen 3
Penggantian seksyen 97
of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 97 dengan seksyen yang berikut:
“Sekolah agama Islam
Quoted provision
Seksyen 97
Majlis hendaklah mempunyai kuasa—
(a)
untuk mendaftar dan mengawal selia sekolah agama
Islam; dan
(b)
bagi maksud melindungi kepentingan orang awam dan pelajar sekolah agama Islam—
(i)
untuk mengambil alih pentadbiran sekolah agama Islam;
(ii)
untuk menamatkan operasi sekolah agama
Islam;
(iii)
untuk memasuki dan memeriksa sekolah agama Islam; dan
(iv)
untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu oleh Majlis untuk memastikan bahawa hal ehwal sekolah agama Islam itu mematuhi peruntukan
Akta ini dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.”.
Pindaan seksyen 99