Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) (NO.2) 2019

Feedback & supportAmends the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pentadbiran Undang-Undang

Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) (No. 2) 2019.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1993 [Akta 505], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memotong takrif “Peguam

Syarie”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN)

(PINDAAN) (NO. 2) 2019

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Pemotongan seksyen 59

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 59.

s 4Kecualian dan peralihan

(1)

Apa-apa permohonan oleh mana-mana orang bagi penerimaan sebagai Peguam Syarie, atau bantahan mengenai permohonan itu atau penerimaan sebagai Peguam Syarie, atau rayuan terhadap keputusan yang berhubungan dengan permohonan bagi penerimaan itu, atau prosiding tatatertib yang berhubungan dengan Peguam

Syarie, yang belum selesai sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda.

(2)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa Sijil

Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah Akta ibu sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini dan masih sah, dan apa-apa Sijil Peguam

Syarie yang dikeluarkan bagi maksud subseksyen (1), adalah tertakluk kepada Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 2019 [Akta 814].