Skip to content

Seksyen 4

Kecualian dan peralihan

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) (NO.2) 2019

Amendment ActIn forceProvision 4 of 4
Seksyen 4
(1)

Apa-apa permohonan oleh mana-mana orang bagi penerimaan sebagai Peguam Syarie, atau bantahan mengenai permohonan itu atau penerimaan sebagai Peguam Syarie, atau rayuan terhadap keputusan yang berhubungan dengan permohonan bagi penerimaan itu, atau prosiding tatatertib yang berhubungan dengan Peguam

Syarie, yang belum selesai sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda.

(2)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa Sijil

Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah Akta ibu sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini dan masih sah, dan apa-apa Sijil Peguam

Syarie yang dikeluarkan bagi maksud subseksyen (1), adalah tertakluk kepada Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 2019 [Akta 814].