Skip to content

Seksyen 15

of Akta Penyemakan Undang-Undang 1968

ActIn forceProvision 15 of 18

Seksyen 15

(1)

Pesuruhjaya boleh dengan perintah, yang dibuat mengenai sesuatu Akta dengan kelulusan Jawatankuasa, membetulkan sesuatu kesilapan mengenai tulisan, cetakan atau kesilapan lain dalam mana-mana undang-undang:

Dengan syarat bahawa pembetulan itu hendaklah tidak berlawanan dengan kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh seksyen 6, 13 dan 14.