Skip to content
In forceUpdated to 12 Nov 2018Read it in English
Contents

Act of Parliament

Subang Golf Course Corporation Act 1968 (Revised 2018)

Feedback & supportSetting up a corporation for a golf course

Bahagian II

Perbadanan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Perbadanan

Padang Golf Subang” ditubuhkan.

(2)

Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan boleh membuat kontrak.

(1)

Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dibuat, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang disifatkan patut oleh Perbadanan.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi inskripsi “Perbadanan Padang Golf

Subang” bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan bagi

Perbadanan.

(3)

Meterai Perbadanan apabila dicapkan pada sesuatu surat ikatan, dokumen atau surat cara lain hendaklah dicapkan di hadapan dan diaku saksi oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan seorang anggota yang lain.

(4)

Apa-apa kontrak atau surat cara yang, jika dibuat atau disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh dibuat atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Perbadanan bagi maksud itu tertakluk kepada apa-apa sekatan tentang nilai atau selainnya yang boleh dikenakan dalam pemberikuasaan itu.

Perbadanan Padang Golf Subang 7

(5)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang berupa sebagai telah disempurnakan atau dikeluarkan dengan sewajarnya di bawah meterai Perbadanan atau bagi pihak Perbadanan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan atau dikeluarkan sedemikian.

(1)

Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk menubuhkan, menguruskan dan menyenggara atau menyebabkan supaya diuruskan dan disenggara mana-mana padang golf untuk digunakan berkaitan dengan sukan golf atau apa-apa sukan lain, permainan, rekreasi atau kegiatan masa lapang, yang disifatkan patut oleh Perbadanan;

(b)

untuk memperoleh melalui pembelian, hadiah atau selainnya harta alih dan harta tak alih dan apa-apa kepentingan mengenainya, dan untuk melupuskan atau selainnya berurusan dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang diperoleh sedemikian oleh Perbadanan;

(c)

untuk mendirikan apa-apa bangunan di atas mana-mana harta tak alih kepunyaan Perbadanan atau di atas mana-mana harta tak alih yang berkenaan dengannya apa-apa kontrak atau perkiraan telah dibuat di bawah perenggan

(d)

dan menyusun atur dan menyediakan harta itu untuk apa-apa sukan, permainan, rekreasi atau kegiatan masa lapang yang sesuai atau mudah diadakan di situ, untuk mengadakan tempat letak, astaka, gimnasium, bilik jamuan ringan, kedai, gerai, tandas dan apa-apa kesenangan dan kemudahan lain yang berkaitan dengannya sebagaimana yang disifatkan patut oleh Perbadanan;

(d)

untuk membuat apa-apa kontrak atau perkiraan melalui pajakan atau selainnya berkenaan dengan mana-mana padang golf atau mana-mana bangunan atau kesenangan di atasnya atau berkenaan dengan mana-mana harta dengan mana-mana orang, kumpulan orang atau mana-mana pihak berkuasa awam tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri;

(e)

untuk menyenggara atau membina semula mana-mana bangunan yang didirikan di atas tanah Perbadanan;

Undang-Undang Malaysia 8

(f)

untuk menjual, membuat pajakan atau pajakan kecil atau selainnya melupuskan mana-mana tanah yang tidak dikehendaki untuk aktiviti sukan atas apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri;

(g)

untuk mengadakan atau memajukan apa-apa sukan, permainan, olahraga, rekreasi atau kegiatan masa lapang, dan untuk memberikan atau menyumbang hadiah, anugerah dan penghormatan;

(h)

untuk menjalankan perniagaan sebagai pembekal makan minum dan pembekal makanan dan minuman ringan berlesen;

(i)

dengan kelulusan Menteri, untuk menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa harta Perbadanan bagi apa-apa maksud yang ditentukan oleh Perbadanan sebagai tambahan kepada maksud yang disebut dalam seksyen ini;

(j)

untuk melantik mana-mana pegawai, ejen dan pekhidmat atas apa-apa terma tentang saraan dan selainnya yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(k)

dengan kelulusan Menteri, untuk memajukan semua tanah yang tidak dikehendaki untuk aktiviti padang golf atau sukan lain atau rekreasi bagi maksud perindustrian atau perumahan atau sebagai taman, taman bunga atau kesenangan sosial lain; dan bagi maksud perenggan ini

Perbadanan boleh membuat apa-apa kontrak atau perkiraan dengan mana-mana orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa awam.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan Padang

Golf Subang mengikut Akta ini.

(1)

Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

empat orang yang dilantik oleh Menteri mengikut nama atau jawatan, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang hendaklah merupakan wakil Kementerian Belia dan Sukan, dan seorang hendaklah merupakan wakil

Perbendaharaan;

Perbadanan Padang Golf Subang 9

(b)

dua orang yang dilantik oleh Menteri atas penamaan

Menteri Besar Negeri Selangor; dan

(c)

lima orang yang dilantik oleh Menteri iaitu orang yang pada pendapat Menteri berkemungkinan dapat memberi sumbangan terhadap kemajuan permainan golf.

(2)

Seorang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perbadanan hendaklah dilantik oleh Menteri dari kalangan anggota.

(3)

Melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya secara bertulis yang ditandatangani sendiri olehnya yang dialamatkan kepada Menteri atau pelantikannya dibatalkan mengikut seksyen 7, seseorang anggota hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi tiga tahun pada satu-satu masa, yang dinyatakan dalam surat yang melantiknya menjadi anggota.

(4)

Seseorang anggota layak untuk dilantik semula kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 7.

s 7Pengosongan jawatan

Jika Menteri berpuas hati bahawa seseorang anggota—

(a)

memegang apa-apa jawatan atau pelantikan yang kewajipan atau kepentingannya berkemungkinan bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya kepada Perbadanan;

(b)

selepas dilantik di bawah perenggan 6(1)(c), tidak lagi layak pada pendapat Menteri untuk dilantik di bawah perenggan itu;

(c)

tidak menghadiri mesyuarat Perbadanan tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;

(d)

telah menjadi bankrap atau telah membuat suatu perkiraan dengan pemiutangnya;

(e)

menjadi tidak upaya kerana penyakit fizikal atau mental;

atau

(f)

selainnya tidak berupaya atau tidak layak untuk menunaikan fungsi sebagai seorang anggota,

Menteri boleh membatalkan pelantikan anggota itu.

Undang-Undang Malaysia 10

(1)

Kuorum bagi mana-mana mesyuarat Perbadanan ialah enam orang anggota yang hadir.

(2)

Pengerusi atau semasa ketiadaannya, Timbalan Pengerusi atau semasa ketiadaan kedua-dua mereka, mana-mana anggota yang dipilih oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat Perbadanan.

(3)

Semua persoalan yang berbangkit dalam sesuatu mesyuarat

Perbadanan hendaklah diputuskan mengikut majoriti anggota yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat itu dan, dalam hal terdapat bilangan undi yang sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.

(4)

Seseorang anggota yang hadir dalam mesyuarat Perbadanan hendaklah, jika dia dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kepentingan kewangan dalam mana-mana kontrak, kontrak yang dicadangkan atau apa-apa perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat itu, mengisytiharkan jenis kepentingannya itu kepada Perbadanan dan selepas itu dia tidak boleh hadir semasa perkara itu dipertimbangkan atau dibincangkan dan tidak boleh mengundi tentang apa-apa persoalan yang berhubungan dengan perkara itu.

Bahagian III

Kewangan

Bahagian IV

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Bahagian 4