Subang Golf Course Corporation Act 1968 (Revised 2018) · Updated to 12 Nov 2018 · Bahagian IV
12. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
Feedback & supportPerbadanan boleh, tertakluk kepada kelulusan Menteri, membuat kaedah-kaedah—
untuk mengawal selia prosiding Perbadanan, panggilan mesyuarat dan perjalanan urusan;
bagi pelantikan jawatankuasa;
untuk menguntukkan kewajipan kepada, dan mengawal selia penjalanan kuasa eksekutif oleh, Perbadanan, jawatankuasa dan pegawai Perbadanan;
untuk mengawal selia perjalanan semua urusan yang dikendalikan dengan pengurusan mana-mana padang golf;
untuk mengawal selia pelantikan dan terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
untuk menetapkan caj masuk ke padang golf yang diuruskan atau disenggarakan oleh atau bagi pihak Perbadanan;
dan
untuk menetapkan apa-apa perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.