Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Act of Parliament

Perbadanan Pembangunan Bandar (Dissolution) Act 1996

Repealing an urban development law and dissolving its corporation

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Pembangunan

Bandar (Pembubaran) 1996.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab mengenai

6 Undang-undang Malaysia AKTA 547

pembangunan bandar;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pembangunan Bandar yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971

[Akta 46]

s 3Pemansuhan dan pembubaran

Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971 dimansuhkan dan

Perbadanan yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.

(1)

Walau apa pun pemansuhan di bawah seksyen 3, segala—

(a)

kuasa;

(b)

hak;

(c)

keistimewaan;

(d)

kewajipan;

(e)

liabiliti; dan

(f)

obligasi, di bawah seksyen 18 Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971

[Akta 46] yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini adalah bagi oleh Perbadanan hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, —

(aa)

turun kepada Kerajaan; dan

(bb)

dijalankan mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan—

Perbadanan Pembangunan Bandar (Pembubaran) 7

(aaa) perancangan bandar dan desa; dan

(bbb) cukai, sewa, kadar atau caj lain berkenaan dengan harta.

(2)

Mana-mana—

(a)

kebenaran perancangan, kelulusan untuk pembangunan, atau kelulusan pelan bangunan yang diberikan berkenaan dengan apa-apa tanah; dan

(b)

surat cara atau dokumen yang dikeluarkan, oleh Perbadanan menurut kuasanya di bawah seksyen 18 Akta yang dimansuhkan, hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan dan hendaklah disifatkan telah diberikan atau dikeluarkan oleh Kerajaan menurut perjalanan subseksyen (1) sehingga ia dipinda, diubah suai, dibatalkan atau dikanselkan oleh Kerajaan.

(1)

Jika apa-apa kesulitan atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan peruntukan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian di dalamnya yang pada hematnya perlu untuk menghapuskan atau mencegah kesulitan atau anomali itu.

(2)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan, dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

8

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

9

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─