Perbadanan Pembangunan Bandar (Dissolution) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011
4. Kecualian
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun pemansuhan di bawah seksyen 3, segala—
kuasa;
hak;
keistimewaan;
kewajipan;
liabiliti; dan
obligasi, di bawah seksyen 18 Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971
[Akta 46] yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini adalah bagi oleh Perbadanan hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, —
turun kepada Kerajaan; dan
dijalankan mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan—
Perbadanan Pembangunan Bandar (Pembubaran) 7
(aaa) perancangan bandar dan desa; dan
(bbb) cukai, sewa, kadar atau caj lain berkenaan dengan harta.
Mana-mana—
kebenaran perancangan, kelulusan untuk pembangunan, atau kelulusan pelan bangunan yang diberikan berkenaan dengan apa-apa tanah; dan
surat cara atau dokumen yang dikeluarkan, oleh Perbadanan menurut kuasanya di bawah seksyen 18 Akta yang dimansuhkan, hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan dan hendaklah disifatkan telah diberikan atau dikeluarkan oleh Kerajaan menurut perjalanan subseksyen (1) sehingga ia dipinda, diubah suai, dibatalkan atau dikanselkan oleh Kerajaan.