Skip to content
In forceUpdated to 15 Nov 2025Read it in English

Bahagian III · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Kakitangan

8. Kakitangan

(1)

Syarikat pengganti hendaklah menyetujuterima sebagai pekerjanya pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta tiap-tiap orang yang sebelum sahaja tarikh itu ialah anggota kakitangan Perbadanan Pembangunan

Bandar dan yang telah diberi pilihan oleh Perbadanan Pembangunan

Bandar dan telah membuat pilihan untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti itu.

(2)

Tiap-tiap orang sedemikian yang telah membuat pilihan di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil bekerja oleh syarikat pengganti itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan.

14

AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN

BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1996

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari-TIADA-

15

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa yang meminda

Berkuat kuasa

Dari

- NIL -

Report