Akta Perdagangan Strategik 2010 · Updated to 4 Jul 2023 · Bahagian II · Pelantikan dan Kuasa Pengawal Perdagangan Strategik
5. Pelantikan Pengawal, dsb
Feedback & supportMenteri boleh melantik, dalam kalangan pegawai awam, seorang Pengawal Perdagangan Strategik dan seorang Timbalan
Pengawal Perdagangan Strategik.
Pengawal hendaklah melaksanakan fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah
Akta ini.
Timbalan
Pengawal
Perdagangan
Strategik boleh melaksanakan segala fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pengawal di bawah
Akta ini.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
Pengawal boleh melantik mana-mana pegawai awam dan mana-mana pegawai lain yang perlu untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
Pengawal hendaklah mempunyai arahan dan kawalan am ke atas Timbalan Pengawal Perdagangan Strategik dan pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (4).