Skip to content
In forceUpdated to 28 Nov 2024Read it in English

Act of Parliament

Akta Perempuan Bersuami 1957

Feedback & support

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perempuan Bersuami 1957.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi

Negeri-Negeri

Semenanjung Malaysia sahaja.

(1)

Dalam Akta ini—

“perempuan bersuami” termasuklah mana-mana perempuan yang berkahwin mengikut upacara dan istiadat yang dikehendaki oleh agama, adab atau adatnya;

“kontrak” termasuklah penerimaan apa-apa amanah atau jawatan wasi atau pentadbirani;

“harta” termasuklah suatu benda dalam tindakan;

“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 450

(2)

Peruntukan Akta ini tentang liabiliti perempuan bersuami hendaklah meliputi semua liabiliti oleh sebab apa-apa pecah amanah atau devastavit yang dilakukan oleh mana-mana perempuan bersuami yang menjadi seorang pemegang amanah atau wasi atau pentadbirani sama ada sebelum atau selepas perkahwinannya, dan suaminya tidak tertakluk pada liabiliti itu melainkan jika dia telah bertindak atau campur tangan dalam amanah atau pentadbiran itu.

s 3Pemakaian Akta bagi orang Islam hendaklah tertakluk pada undang-undang Islam

Akta ini hendaklah mempunyai kuat kuasa di Negeri Johor,

Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor,

Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung dengan perempuan Islam bersuami dan harta, hak dan obligasi mereka tertakluk pada undang-undang Islam dan adat orang Melayu yang mengawal hubungan antara suami dengan isteri setakat yang undang-undang itu terpakai, dan di Negeri Melaka dan Pulau Pinang tertakluk pada undang-undang Islam bagi Negeri itu dalam segala hal yang diliputi oleh undang-undang Islam yang akhir disebut itu.

s 4Keupayaan perempuan bersuami

Tertakluk pada Akta ini, seorang perempuan bersuami hendaklah—

(a)

berupaya untuk memperoleh, memegang dan melupuskan, apa-apa harta;

(b)

berupaya untuk menjadikan dirinya, dan dijadikan, bertanggungan berkenaan dengan apa-apa tort, kontrak, hutang atau obligasi;

(c)

berupaya untuk membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya sendiri sama ada dalam tort atau dalam kontrak atau selainnya dan hendaklah berhak ke atas semua remedi dan tebus rugi bagi segala maksud; dan

Perempuan Bersuami 7

(d)

tertakluk pada undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan dan penguatkuasaan penghakiman dan perintah, dalam segala hal seolah-olah dia seorang feme sole.

s 4AKeupayaan suami dan isteri untuk membawa guaman terhadap satu sama lain bagi kecederaan diri

Seorang suami atau isteri berhak untuk membawa guaman terhadap satu sama lain dalam tort bagi ganti rugi berkenaan dengan kecederaan kepada dirinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut cara yang sama sebagaimana mana-mana dua orang individu lain yang berasingan.

(1)

Tertakluk pada Akta ini semua harta yang—

(a)

sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini merupakan harta (termasuk harta berasingan) seseorang perempuan bersuami atau dipegang untuk kegunaan yang berasingannya dalam ekuiti; atau

(b)

dipunyai pada masa perkahwinannya oleh seseorang perempuan yang berkahwin selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau

(c)

selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini diperoleh oleh atau diturunkan ke atas seorang perempuan bersuami, hendaklah dipunyai olehnya dalam segala hal seolah-olah dia seorang feme sole dan boleh dilupuskan dengan sewajarnya:

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 450

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh—

(a)

ditafsirkan sebagai menjejaskan hak mana-mana perempuan bersuami ke atas apa-apa harta yang dia ada sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau

(b)

mengganggu atau menjadikan tidak berkuat kuasa apa-apa sekatan yang sah atas jangkaan atau pemberian hakmilik yang berhubung kait dengan penikmatan bagi apa-apa harta menurut kuasa mana-mana peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, atau dalam mana-mana surat cara yang disempurnakan sebelum tarikh itu.

(2)

Mana-mana surat cara yang disempurnakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, terbatal setakat yang ia berupa sebagai berhubung kait dengan penikmatan apa-apa harta oleh seorang perempuan apa-apa sekatan atas jangkaan atau pemberian hakmilik yang tidak boleh dihubung kait dengan penikmatan harta itu oleh seorang lelaki.

(3)

Bagi maksud seksyen ini yang berhubungan dengan sekatan atas jangkaan atau pemberian hakmilik—

(a)

suatu surat cara yang dikenakan suatu sekatan sedemikian seperti yang disebut terdahulu yang disempurnakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, menurut suatu obligasi yang dikenakan sebelum tarikh itu yang dikenakan dengan sekatan sedemikian hendaklah disifatkan telah disempurnakan sebelum tarikh itu;

(b)

suatu peruntukan yang terkandung dalam suatu surat cara yang dibuat dalam menjalankan suatu kuasa khas bagi pelantikan hendaklah disifatkan terkandung dalam surat cara itu sahaja dan tidak dalam surat cara yang dengannya kuasa itu diwujudkan; dan

Perempuan Bersuami 9

(c)

wasiat mana-mana pewasiat yang mati selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah (walau apa pun tarikh sebenar penyempurnaannya)

disifatkan telah disempurnakan selepas tarikh itu.

s 6Penghapusan liabiliti suami bagi tort isteri dan kontrak sebelum perkahwinan, hutang dan obligasi

Tertakluk pada Akta ini, suami kepada seseorang perempuan bersuami tidak, semata-mata oleh sebab dia merupakan suami, bertanggungan—

(a)

berkenaan dengan apa-apa tort yang dilakukan olehnya sama ada sebelum atau selepas perkahwinan, atau berkenaan dengan apa-apa kontrak yang dibuat, atau hutang atau obligasi yang ditanggung, olehnya sebelum perkahwinan;

atau

(b)

untuk dibawa guaman terhadapnya, atau dijadikan suatu pihak kepada apa-apa prosiding undang-undang yang dibawa, berkenaan dengan apa-apa tort, kontrak, hutang atau obligasi itu.

s 7Section 7

(Dipotong oleh Ord. 20 tahun 1959).

s 8Hadiah oleh suami kepada isteri

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh memberikan kesahan, berbanding dengan pemiutang suami, kepada apa-apa hadiah oleh seorang suami kepada isterinya apa-apa harta yang, selepas hadiah itu, terus kekal mengikut perintah dan pelupusan atau pemunyaan suami yang dikatakan, atau kepada apa-apa deposit atau pelaburan wang suami yang lain yang dibuat atau atas nama isterinya secara fraud terhadap pemiutangnya; tetapi apa-apa wang yang didepositkan atau dilaburkan sedemikian boleh dianggap seolah-olah wang itu kepunyaan suami itu.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 450

(1)

Tiap-tiap perempuan bersuami hendaklah mempunyai atas namanya sendiri terhadap suaminya, remedi dan tebus rugi yang sama bagi perlindungan dan keselamatan hartanya seolah-olah harta itu kepunyaanya sebagai seorang feme sole.

(2)

Seseorang suami atau isteri berhak untuk membawa guaman terhadap satu sama lain dalam tort bagi perlindungan atau keselamatan hartanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Dalam mana-mana pertuduhan jenayah atau dalam mana-mana prosiding lain yang berhubungan dengan harta seorang perempuan bersuami adalah mencukupi untuk mengatakan harta itu merupakan harta perempuan bersuami itu.

(4)

Tiada prosiding jenayah boleh diambil terhadap seorang suami atau isteri semasa mereka tinggal bersama tentang atau berkenaan dengan apa-apa harta yang dituntut masing-masing oleh isteri atau suami mahupun semasa mereka tinggal berasingan tentang atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isteri itu semasa mereka tinggal bersama berkenaan dengan harta yang dituntut masing-masing oleh isteri atau suami itu melainkan jika harta itu telah secara salah diambil oleh suami atau isteri itu apabila meninggalkan atau meninggalkan langsung atau yang hendak meninggalkan atau meninggalkan langsung isteri atau suami itu masing-masing.

(5)

Dalam apa-apa tindakan atau prosiding oleh seorang perempuan bersuami atau oleh seorang sahabat wakil bagi pihaknya,

Mahkamah yang di hadapannya tindakan atau prosiding itu yang belum selesai hendaklah mempunyai bidang kuasa melalui penghakiman atau perintah untuk memerintahkan pembayaran kos pihak lawan daripada harta yang tertakluk pada sekatan atas jangkaan, dan boleh menguatkuasakan pembayaran itu melalui pelantikan seorang penerima dan penjualan harta itu atau selainnya sebagaimana yang adil.

Perempuan Bersuami 11

(1)

Seorang perempuan selepas perkahwinannya hendaklah terus bertanggungan bagi semua hutang yang dibuat dan semua kontrak yang dibuat atau perbuatan salah yang dilakukan olehnya sebelum perkahwinannya, termasuk apa-apa jumlah wang yang baginya dia bertanggungan sebagai seorang penyumbang, sama ada sebelum atau selepas dia telah diletakkan dalam senarai penyumbang di bawah dan menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat stok bersama.

(2)

Perempuan itu boleh dibawa guaman terhadapnya bagi apa-apa hutang itu dan bagi apa-apa liabiliti dalam ganti rugi atau selainnya di bawah apa-apa kontrak atau berkenaan dengan apa-apa kesalahan itu.

(1)

Dalam apa-apa persoalan antara suami dengan isteri tentang hakmilik atau milikan harta, salah satu pihak boleh memohon melalui saman atau selainnya secara terus kepada mana-mana

Hakim Mahkamah Tinggi atau jika nilai harta itu termasuk dalam bidang kuasa sivil sesuatu

Mahkamah

Sesyen kepada

Hakim Mahkamah Sesyen itu, dan Hakim atau Hakim Mahkamah

Sesyen itu boleh membuat apa-apa perintah berkenaan dengan harta yang dipertikaikan itu dan tentang kos bagi dan akibat daripada permohonan itu sebagaimana yang difikirkannya patut, atau boleh mengarahkan permohonan itu ditangguh sementara, dan apa-apa siasatan yang menyentuh perkara yang dipersoalkan itu hendaklah dibuat mengikut cara sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk pada rayuan dengan cara yang sama sebagaimana suatu perintah yang dibuat oleh Hakim atau Hakim Mahkamah Sesyen yang sama mengikut mana-mana yang berkenaan dalam suatu tindakan yang belum selesai di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen masing-masingnya.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 450

(3)

Hakim atau Hakim Mahkamah Sesyen itu jika salah satu pihak menghendaki sedemikian, boleh mendengar mana-mana permohonan itu dalam Kamarnya.

s 12Perempuan bersuami sebagai seorang wasi atau pemegang amanah

Seorang perempuan bersuami yang merupakan seorang wasi atau pentadbirani, secara bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, bagi harta pusaka mana-mana orang yang mati, atau seorang pemegang amanah secara bersendirian atau bersesama bagi harta seperti sebagaimana yang disebut terdahulu yang tertakluk pada apa-apa amanah, boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya, dan boleh memindah milik atau bersama-sama memindah hak milik apa-apa harta alih atau harta tak alih yang dipunyai oleh harta pusaka atau amanah itu tanpa suaminya seolah-olah perempuan bersuami itu seorang feme sole.

Kecualian bagi penyelesaian sedia ada dan kuasa untuk membuat penyelesaian pada masa hadapan

s 13Section 13

(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini selain subseksyen 5(2)

boleh menganggu atau menjejaskan apa-apa penyelesaian atau persetujuan bagi suatu penyelesaian yang dibuat atau akan dibuat, sama ada sebelum atau selepas perkahwinan, berkenaan dengan harta mana-mana perempuan bersuami.

(2)

Tiada sekatan terhadap jangkaan yang terkandung dalam apa-apa penyelesaian atau persetujuan bagi suatu penyelesaian bagi harta kepunyaan seorang perempuan yang baginya proviso (a)

kepada subseksyen 5(1) terpakai boleh, jika dibuat atau dimasuki oleh perempuan itu mempunyai apa-apa kesahan terhadap hutang yang dikontrakkan oleh perempuan itu sebelum perkahwinan, dan tiada penyelesaian atau persetujuan bagi suatu penyelesaian mempunyai kuat kuasa atau kesahan yang lebih besar terhadap pemiutang seseorang perempuan berbanding kuat kuasa atau kesahan bagi penyelesaian atau persetujuan bagi suatu

Perempuan Bersuami 13

penyelesaian yang sama yang dibuat atau dimasuki oleh seseorang lelaki terhadap pemiutang lelaki itu.

s 14Wakil di sisi undang-undang bagi perempuan bersuami

Bagi maksud Akta ini, wakil diri di sisi undang-undang bagi mana-mana perempuan bersuami hendaklah, berkenaan dengan harta pusaka perempuan bersuami itu, mempunyai hak dan liabiliti yang sama sebagaimana yang perempuan bersuami itu sepatutnya ada, dan tertakluk pada bidang kuasa yang sama sebagaimana yang perempuan bersuami itu sepatutnya tertakluk padanya, jika perempuan bersuami itu masih hidup.

(1)

Dengan ini diisytiharkan bahawa hak dan obligasi seseorang perempuan bersuami di

Negeri

Johor,

Kedah,

Kelantan,

Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah tidak terjejas oleh Ordinan

Undang-Undang Sivil (Peluasan) 1951 [Ord. No. 49 tahun 1951], atau oleh pemansuhan perenggan 10(a) Enakmen Undang-Undang Sivil 1937, Persekutuan Tanah Melayu [P.T.M. Enakmen No. 3 tahun 1937]

oleh Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67], tetapi bahawa pada setiap masa sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hak dan obligasi itu adalah berkenaan dengan semua perkara yang diperuntukkan oleh

Akta ini sama seperti hak dan obligasi seorang feme sole.

(2)

Subseksyen (1) mempunyai kesan berhubung dengan perempuan Islam bersuami dan hak dan obligasi harta mereka tertakluk pada undang-undang Islam dan adat orang Melayu yang menentukan hubungan antara suami dengan isteri setakat yang undang-undang Islam dan adat orang Melayu itu terpakai.

s 16Section 16

(Ditinggalkan).

14

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. 332/1958

Perintah

Perlembagaan

Persekutuan

(Ubah

Suaian

Undang-Undang) (Ordinan dan

Proklamasi) 1958

13-11-1958

Ord. 20/1959

Ordinan Kebankrapan 1959

30-05-1959

Akta A565

Akta Perempuan Bersuami

(Pindaan) 1983

13-05-1983

Akta A671

Akta Mahkamah Rendah

(Pindaan) 1987

22-05-1987

Akta A893

Akta Perempuan Bersuami

(Pindaan) 1994

08-07-1994

15

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

P.U. 332/1958 13-11-1958

7

Ord. 20/1959 30-05-1959

4A

Akta A893 08-07-1994

9

Akta A893 08-07-1994

11

Akta A565

Akta A671 13-05-1983 22-05-1987