6. Penghapusan liabiliti suami bagi tort isteri dan kontrak sebelum perkahwinan, hutang dan obligasi
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini, suami kepada seseorang perempuan bersuami tidak, semata-mata oleh sebab dia merupakan suami, bertanggungan—
(a)
berkenaan dengan apa-apa tort yang dilakukan olehnya sama ada sebelum atau selepas perkahwinan, atau berkenaan dengan apa-apa kontrak yang dibuat, atau hutang atau obligasi yang ditanggung, olehnya sebelum perkahwinan;
atau
(b)
untuk dibawa guaman terhadapnya, atau dijadikan suatu pihak kepada apa-apa prosiding undang-undang yang dibawa, berkenaan dengan apa-apa tort, kontrak, hutang atau obligasi itu.