Akta Perihal Dagangan 2011 · Updated to 11 Jan 2022 · Bahagian IV · Pembelaan
23. Pembelaan kegunaan peribadi atau domestik
Feedback & support(1)
Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan, menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dipertuduh untuk membuktikan bahawa pelakuan kesalahan itu adalah bagi maksud kegunaan peribadi atau domestik.
(2)
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, pertubuhan perbadanan itu tidak berhak untuk bergantung pada pembelaan yang disebut dalam seksyen ini.
Perihal Dagangan 25
Pembelaan kesilapan, tidak sengaja, dsb.