Seksyen 22
ActIn forceProvision 22 of 74
Seksyen 22
(1)
Jika pelakuan sesuatu kesalahan oleh mana-mana orang
(disebut dalam seksyen ini sebagai “orang yang mula-mula disebut itu”) disebabkan oleh perbuatan atau keingkaran orang lain, orang lain itu yang melakukan perbuatan atau keingkaran itu, adalah, apabila disabitkan, bersalah atas kesalahan itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), mana-mana orang boleh dipertuduh dan disabitkan atas kesalahan itu, sama ada atau tidak prosiding diambil terhadap orang yang mula-mula disebut itu.