Seksyen 34
Akses kepada rekod
ActIn forceProvision 34 of 74
Seksyen 34
(1)
Mana-mana orang hendaklah, jika pada bila-bila masa diarahkan oleh Penolong Pengawal, membenarkan Penolong
Pengawal akses kepada buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barang-barang atau benda bagi maksud menjalankan mana-mana fungsi atau kuasa Penolong Pengawal di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.