Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2011 · As enacted
4. Sebutan mengenai Akta ibu
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Semua sebutan mengenai Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) 1994 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi Pencemaran Minyak dan Minyak Bunker) 1994.
Semua sebutan mengenai Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) 1994 dalam mana-mana prosiding, sama ada civil atau jenayah, atau mana-mana kausa tindakan yang dimulakan, belum selesai atau sedia ada sebelum mula berkuat kuasa Akta ini, hendaklah, apabila mula berkuat kuasa Akta ini, terus terpakai dan tidak terjejas seolah-olah ia tidak dipinda oleh Akta ini.
Pindaan seksyen 2
Bahagian II