Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025 · As enacted
12. Kecualian
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Taraf kewarganegaraan mana-mana orang yang lahir di dalam atau di luar Persekutuan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, diuruskan mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan seolah-olah Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda oleh Akta ini.
Apa-apa permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III
Perlembagaan Persekutuan yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut Bahagian III
Perlembagaan Persekutuan seolah-olah Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda oleh Akta ini.