Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

7. Pindaan Perkara 23

Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan dipinda—

(a)

dalam Fasal (1), dengan menggantikan perkataan

“dua puluh satu tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”;

(b)

dengan menggantikan Fasal (2) dengan Fasal yang berikut:

“(2)  Kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan, suatu akuan yang dibuat di bawah Perkara ini tidaklah boleh didaftarkan jika—

(a)

akuan itu dibuat dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan terlibat; atau

(b)

Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa pelepasan itu memudaratkan keselamatan

Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan, ketenteraman awam atau kepentingan awam.”; dan

(c)

dalam Fasal (3)—

(i)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “twenty-one years” dengan perkataan

“eighteen years”; dan

(ii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu tahun” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “lapan belas tahun”.

6

Undang-Undang Malaysia

Report