Skip to content

Seksyen 10

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 12

of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 10 of 75
Seksyen 10

seksyen yang berikut:

“Permit.

Quoted provision

Seksyen 12a

(1)

Tanpa menjejaskan kehendak mana-mana undang-undang lain, tiada seorang pun boleh—

(a)

mengimport bahan radioaktif, bahan nuklear, barang berkaitan nuklear atau teknologi berkaitan nuklear; atau

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1779

(b)

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit bahan radioaktif atau bahan nuklear, melainkan jika dia ialah pemegang suatu permit yang sah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 16a(2) oleh Ketua Pengarah bagi apa-apa maksud sebagaimana yang dinyatakan dalam permit.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 13