Seksyen 16a
of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025
Amendment ActIn forceProvision 16 of 75
Seksyen 16a
(1)
Seseorang pemohon yang memohon permit di bawah Akta ini hendaklah mula-mula sekali membuat permohonan bagi maksud itu kepada Ketua Pengarah.
(2)
Ketua Pengarah boleh selepas itu mengeluarkan kepada pemohon suatu permit apabila dibayar fi yang ditetapkan atau boleh, jika difikirkannya patut, enggan mengeluarkan permit itu.
(3)
Tiap-tiap permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah, melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, terus berkuat kuasa selama suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam permit.”.
Pindaan seksyen 17