Seksyen 38
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 32
of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025
seksyen yang berikut:
“Lembaga rayuan.
Quoted provision
Seksyen 32a
Menteri hendaklah melantik suatu lembaga rayuan bagi maksud mempertimbangkan apa-apa rayuan yang dibuat di bawah seksyen 32.
(2)
Lembaga rayuan hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orang lain yang dilantik oleh Menteri yang, pada pendapat Menteri mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam bidang sains, teknologi atau kejuruteraan.
Kuasa lembaga rayuan.
Quoted provision
Seksyen 32b
Lembaga rayuan boleh, selepas mendengar sesuatu rayuan, mengesahkan, membatalkan atau mengubah keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa berkenaan di bawah Akta ini.
(2)
Lembaga rayuan hendaklah dengan seberapa segera memutuskan dan menyampaikan keputusannya kepada orang yang membuat rayuan dan pihak berkuasa berkenaan.”.