Seksyen 46
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 36
of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025
seksyen yang berikut:
“Anggapan.
Quoted provision
Seksyen 36a
Jika apa-apa bahan yang disyaki sebagai bahan radioaktif atau bahan nuklear telah disita dan bahan itu terkandung dalam beberapa bekas, adalah mencukupi untuk menganalisis sampel bahan itu bagi amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah dan jika analisis itu membuktikan bahawa kesemua sampel itu mempunyai sifat dan perihalan yang sama, ia hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa kandungan semua bekas itu adalah daripada sifat dan perihalan yang sama sebagaimana sampel yang dianalisis.
(2)
Tatacara mengambil dan berurusan dengan sampel hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.”.
Pindaan seksyen 37