Skip to content

Seksyen 66

Seksyen 68 Akta ibu dipinda—

of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 69 of 75
Seksyen 66

(a)

dengan menggantikan perkataan “benda ditetapkan, radas penyinaran” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“penjana sinaran”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “, benda ditetapkan atau radas penyinaran” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “atau penjana sinaran”;

(c)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan

“, prescribed substances or irradiating apparatuses”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “or radiation generator”;

(d)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perenggan (a)

dengan perenggan yang berikut:

“(a) bagi mengawal dan mengawal selia aktiviti tenaga atom;”;

Undang-Undang Malaysia 62

Akta A1779

(e)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan

“bahan radioaktif, bahan nuklear tertentu atau benda ditetapkan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “bahan radioaktif atau bahan nuklear tertentu”;

(ii)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan “radas penyinaran” dengan perkataan

“penjana sinaran”;

(iii)

dalam perenggan (m)—

(A)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “fee-fee”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “fi”; dan

(B)

dengan memasukkan selepas perkataan

“lesen” perkataan “, permit dan ujian”;

(iv)

dalam perenggan (n), dengan menggantikan perkataan “mengadakan peruntukan mengenai pengawalseliaan rayuan-rayuan” dengan perkataan

“menetapkan perkara yang berhubungan dengan rayuan”; dan

(v)

dengan memasukkan selepas perenggan (n)

perenggan yang berikut:

“(na) menetapkan kelayakan dan ujian bagi mana-mana pekerja;

(nb) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang digunakan dan kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan di bawah

Akta ini;

(nc) menetapkan maklumat yang dikehendaki yang berhubungan dengan kawal guna;”; dan

Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan)

(f)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti  denda yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”.

Seksyen baharu 68a