Skip to content

Seksyen 69

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 69

of Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 73 of 75
Seksyen 69

seksyen yang berikut:

“Notis pendedahan maklumat.

Quoted provision

Seksyen 69a

(1)

Pihak berkuasa berkenaan boleh menyampaikan suatu notis kepada mana-mana orang yang pihak berkuasa berkenaan percaya atas alasan yang munasabah mempunyai maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan

Undang-Undang Malaysia 64

Akta A1779

penguatkuasaan Akta ini yang berhubungan dengan bahan radioaktif, bahan nuklear, barang berkaitan nuklear atau penjana sinaran, meminta orang itu memberikan maklumat atau dokumen itu kepada pihak berkuasa berkenaan.

(2)

Seseorang yang menerima notis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah memberikan maklumat atau dokumen yang diminta kepada pihak berkuasa berkenaan secara bertulis dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang.

Quoted provision

Seksyen 69b

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, pihak berkuasa berkenaan atau pegawai diberi kuasa atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, pengabaian atau keingkaran telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.”.