Seksyen 14
Kecualian
of Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024
Apa-apa perintah, arahan, garis panduan atau notis yang dikeluarkan atau dibuat oleh Pesuruhjaya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan atau dibuat oleh Pesuruhjaya di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan hendaklah terus sah.
(2)
Apa-apa tataamalan yang didaftarkan dan dikeluarkan oleh Pesuruhjaya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan atau dibuat oleh
Pesuruhjaya di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh
Akta ini dan hendaklah terus sah.
Perlindungan Data Peribadi (Pindaan)
(3)
Apa-apa penyiasatan, perbicaraan, prosiding atau tindakan yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.