Seksyen 3
Akta ibu dipinda dalam seksyen 4—
of Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024
(a)
dalam takrif “daftar”, dengan menggantikan perkataan
“Daftar Pengguna Data, Daftar Forum Pengguna Data”
dengan perkataan “Daftar Pengawal Data, Daftar Forum
Pengawal Data”;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “daftar” takrif yang berikut:
‘ “data biometrik” ertinya apa-apa data peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal yang berhubungan dengan ciri-ciri fizikal, fisiologi atau tingkah laku seseorang;’;
(c)
dalam takrif “data peribadi sensitif”, dengan memasukkan selepas perkataan “pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya” perkataan “, data biometrik”;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “pegawai diberi kuasa”
takrif yang berikut:
‘ “pelanggaran data peribadi” ertinya apa-apa pelanggaran data peribadi, kehilangan data peribadi, salah guna data peribadi atau akses tanpa kebenaran data peribadi;’;
(e)
dalam takrif “peminta”, dengan menggantikan perkataan
“permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data” dengan perkataan “permintaan mengakses data, permintaan pembetulan data atau permintaan kemudahalihan data”; dan
(f)
dalam takrif “subjek data”, dengan memasukkan selepas perkataan “data peribadi itu” perkataan “dan tidak termasuk individu yang telah meninggal dunia”.
Perlindungan Data Peribadi (Pindaan)
5
Pindaan seksyen 5