Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015

Feedback & supportAmends the Consumer Protection Act 1999

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Pengguna

(Pindaan) 2015.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 99

Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 99(1) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(ca) yang boleh dikemukakan oleh pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771];”.

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Peruntukan kecualian dan peralihan

(1)

Apa-apa prosiding di bawah seksyen 97 Akta ibu berhubung dengan suatu tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah seksyen 99

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(2)

Apa-apa tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang boleh dikemukakan di bawah seksyen 97 Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, diuruskan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan

Malaysia 2015.

(3)

Apa-apa hak, obligasi, liabiliti, penalti atau award yang diperoleh, dikenakan, terakru, ditanggung atau dibuat di bawah Akta ibu berhubung dengan suatu tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah seksyen 99

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.