3. Section 3
Feedback & supportApa-apa prosiding di bawah seksyen 97 Akta ibu berhubung dengan suatu tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah seksyen 99
Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Apa-apa tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang boleh dikemukakan di bawah seksyen 97 Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini, diuruskan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan
Malaysia 2015.
Apa-apa hak, obligasi, liabiliti, penalti atau award yang diperoleh, dikenakan, terakru, ditanggung atau dibuat di bawah Akta ibu berhubung dengan suatu tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah seksyen 99
Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.