Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian II · Pelesenan
Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian II · Pelesenan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pemegang lesen hendaklah, dengan serta-merta atau dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, berhenti menjalankan perniagaan perkhidmatan wang yang berkenaan dengannya lesen itu diberikan jika—
lesen itu telah habis tempoh;
penolakan untuk membaharui lesen itu telah berkuat kuasa di bawah subseksyen 9(10);
pembatalan lesen itu telah berkuat kuasa di bawah subseksyen 12(6); atau
penyerahan balik lesen itu telah berkuat kuasa di bawah seksyen 16.
Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Seseorang pemegang lesen yang lesennya telah dibatalkan atau tidak dibaharui di bawah Akta ini tidak boleh membuat apa jua tuntutan terhadap Bank atau menjadi berhak kepada pampasan daripada Bank bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang dialaminya atau berlaku ke atasnya disebabkan oleh pembatalan lesennya atau lesennya tidak dibaharui.
Perniagaan Perkhidmatan Wang 29
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian X