Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian V · Ejen Perniagaan Perkhidmatan Wang
Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian V · Ejen Perniagaan Perkhidmatan Wang
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pemegang lesen pun boleh melantik seorang ejen perniagaan perkhidmatan wang untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang bagi pihaknya melainkan jika ejen perniagaan perkhidmatan wang itu memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai” sebagaimana yang ditetapkan oleh
Bank dan pemegang lesen itu telah mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu bagi cadangan pelantikan itu.
Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh menetapkan golongan, kategori atau perihalan pemegang lesen yang layak untuk memohon untuk melantik seorang ejen perniagaan perkhidmatan wang.
Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian X