Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2015Read it in English
Contents

Bahagian IV · Perniagaan Pengiriman Wang

39. Kehendak operasi

(1)

Seseorang pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang hendaklah mematuhi—

(a)

had maksimum transaksi pengiriman wang itu;

(b)

jangka masa bagi arahan pengiriman wang keluaran bagi pembayaran dana untuk disampaikan kepada ejen korespondennya;

(c)

jangka masa bagi dana pengiriman wang dalaman untuk dijadikan tersedia bagi pungutan atau diserahkan kepada benefisiari itu; dan

(d)

apa-apa kehendak lain, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.

(2)

Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan.

Penggunaan sistem pengiriman wang oleh pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengiriman wang

*40. (1) Tiada seorang pemegang lesen pun yang menjalankan perniagaan pengiriman wang boleh menggunakan sesuatu sistem pengiriman wang, sama ada sistemnya sendiri atau suatu sistem seorang pihak ketiga, tanpa mendapatkan kelulusan bertulis daripada

Bank terlebih dahulu.

(2)

Sistem pengiriman wang di bawah subseksyen (1) hendaklah memenuhi kehendak minimum sebagaimana yang ditetapkan oleh

Bank.

* Lihat perenggan 94(1)(d).

Perniagaan Perkhidmatan Wang 49

(3)

Bank, dalam memberikan kelulusannya di bawah subseksyen

(1)

, boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan syarat itu hendaklah dipatuhi oleh pemegang lesen itu.

(4)

Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1)

atau (3) melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian V

Ejen Perniagaan Perkhidmatan Wang

Bahagian VI

Pemeriksaan

Bahagian VII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kuasa-Kuasa Lain Bank

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules