Skip to content

Seksyen 41

Perkhidmatan penyelesaian pertikaian

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 41 of 63
Seksyen 41
(1)

Majlis boleh menyelesaikan atau melantik suatu jawatankuasa untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan seksyen 40

antara seseorang pesakit dengan seseorang pengamal berdaftar.

(2)

Majlis hendaklah menentukan tatacara dan garis panduan bagi pengurusan dan prosiding perkhidmatan penyelesaian pertikaian.

(3)

Segala keputusan yang dibuat menurut prosiding penyelesaian pertikaian terhadap seseorang pesakit atau seseorang pengamal berdaftar hendaklah dicatat dalam suatu daftar.

Perubatan Tradisional dan Komplementari 35

(4)

Keputusan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah dipatuhi oleh pesakit dan pengamal berdaftar.

(5)

Mana-mana pesakit atau pengamal berdaftar yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis di bawah subseksyen (1)

boleh memohon kepada mahkamah untuk mengkaji semula keputusan itu.