Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa) · Updated to 10 Mar 2016 · Bahagian VIII · Badan Pengamal Perubatan Tradisional dan
42. Penetapan dan pembatalan penetapan badan pengamal
Feedback & supportMenteri boleh, atas syor Majlis dan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu badan pengamal bagi suatu bidang amalan diiktiraf bagi melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen 17(1) dan fungsi lain dalam Akta ini.
Menteri boleh, atas syor Majlis dan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan penetapan di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa badan pengamal ditetapkan tidak lagi berupaya melaksanakan fungsinya atau memenuhi keperluan di bawah Akta ini.
Apabila pembatalan dibuat di bawah subseksyen (2), Menteri boleh, atas syor Majlis, menetapkan badan pengamal yang lain untuk menjadi badan pengamal ditetapkan atau mengarahkan
Majlis membuat sedemikian.