Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian III · Ketua Eksekutif, Pegawai dan Pekhidmat
21. Bantuan kewangan kepada anggota, pegawai, pekhidmat dan orang lain
Feedback & supportPihak Berkuasa boleh memberikan—
bayaran faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa kepada pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pembelian rumah atau kenderaan, dan pembiayaan atau pinjaman ihsan yang lain, kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak
Berkuasa;
subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, dan orang tanggungan mereka;
kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pendidikan atau biasiswa kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa atau mana-mana orang lain; dan
derma kepada mana-mana orang, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 29