Skip to content

Seksyen 19

of Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008

ActIn forceProvision 19 of 52

Seksyen 19

(1)

Pihak Berkuasa hendaklah melantik seorang Ketua Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar.

(2)

Ketua Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal hari ke hari Pihak Berkuasa;

(b)

penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbangan

Pihak Berkuasa;

(c)

pelaksanaan semua program, skim dan projek Pihak

Berkuasa; dan

(d)

pelaksanaan keputusan Pihak Berkuasa dan arahan

Pengerusi.

(3)

Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.

(4)

Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa.

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Pihak Berkuasa.

(6)

Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Pihak

Berkuasa boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan Ketua Eksekutif semasa ketiadaan atau ketidakupayaan buat sementara itu.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 687

Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain Pihak