Skip to content

Seksyen 27

Pembangunan strategik yang ditetapkan

of Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008

ActIn forceProvision 27 of 52
Seksyen 27
(1)

Pihak Berkuasa boleh menetapkan apa-apa pembangunan atau mana-mana kawasan atau kawasan-kawasan di dalam mana-mana Negeri di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara yang mungkin mempunyai kesan ekonomi yang penting kepada

Wilayah Ekonomi Koridor Utara masing-masing sebagai suatu pembangunan strategik yang ditetapkan atau kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan, dengan syarat bahawa mana-mana penetapan pembangunan atau kawasan itu di dalam mana-mana

Negeri hanya boleh dibuat dengan persetujuan Kerajaan Negeri bagi Negeri itu.

(2)

Mana-mana orang atau Entiti Kerajaan yang berniat untuk menjalankan—

(a)

apa-apa pembangunan strategik yang ditetapkan; atau

(b)

apa-apa pembangunan di dalam kawasan pembangunan strategik yang ditetapkan, hendaklah terlebih dahulu merujukkan cadangan pembangunan itu kepada Pihak Berkuasa untuk mendapatkan arahannya sebelum menjalankan pembangunan yang dicadangkan itu.

(3)

Arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) adalah untuk memastikan pematuhan dan keselarasan dengan kandungan

Rancangan Pembangunan WEKU, yang tidak dimasukkan ke dalam suatu draf rancangan tempatan atau rancangan tempatan menurut subseksyen 24(5).

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 687