The text
Polis (Pindaan)
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
AKTA POLIS (PINDAAN) 2015
Undang-Undang Malaysia 2
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
18 Ogos 2015
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
24 Ogos 2015
Hakcipta Pencetak H
Polis (Pindaan)
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA POLIS (PINDAAN) 2015
Mukadimah · Preamble
Suatu Akta untuk meminda Akta Polis 1967.
[
]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Polis (Pindaan) 2015.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 33
Subseksyen 33(2) Akta Polis 1967 [Akta 344] dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) hutang yang kena dibayar kepada Lembaga Pembiayaan
Perumahan Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah
Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor
Awam 2015 [Akta 767] berkenaan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan oleh Lembaga itu;”.