Akta Rukun Tetangga 2012 · Updated to 1 Aug 2020 · Bahagian IV · Pelbagai
23. Pekerja tidak boleh mengalami kehilangan saraan atau apa-apa kemudaratan
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen 20, seseorang majikan tidak boleh menjadikan seseorang pekerja tertakluk kepada apa-apa kehilangan saraan atau apa jua kemudaratan atas sebab pekerja itu melaksanakan apa-apa tugas atau mematuhi apa-apa arahan di bawah Bahagian III.
Apa-apa persoalan tentang apa-apa kehilangan saraan yang dialami oleh pekerja yang termasuk dalam takrif di bawah Jadual
Pertama Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah atau Ordinan Buruh
Sarawak atau pekerja yang tidak termasuk dalam takrif Akta atau
Ordinan itu yang gajinya sebulan melebihi dua ribu lima ratus ringgit tetapi tidak melebihi lima ribu ringgit hendaklah diputuskan oleh
Ketua Pengarah.
Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah ertinya—
berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua Pengarah
Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta
Kerja 1955;
berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sabah;
dan
berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh Sarawak.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 751
Apa-apa persoalan tentang sama ada seseorang pekerja, selain mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun atau tempatan, telah mengalami apa-apa kemudaratan hendaklah diputuskan oleh seseorang
Pengarah dan keputusan Pengarah itu adalah muktamad.