Akta Rukun Tetangga 2012 · Updated to 1 Aug 2020 · Bahagian IV · Pelbagai
22. Pergabungan aktiviti Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga
Feedback & supportJawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga bagi dua Kawasan atau lebih boleh menggabungkan aktiviti mereka—
jika difikirkan perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian; atau
jika Pengarah mengarahkan secara bertulis supaya
Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu bertindak secara pergabungan mengikut dan setakat yang dinyatakan oleh Pengarah dalam arahan itu.
Rukun Tetangga 17
Jika Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga bagi dua Kawasan atau lebih memikirkan bahawa dalam pergabungan aktiviti-aktiviti mereka itu adalah perlu bagi semua atau mana-mana Jawatankuasa
Kawasan Rukun Tetangga atau anggota Skim Rondaan Sukarela semasa menjalankan tugas meronda atau tugas mengawal, untuk melaksanakan fungsi atau tugas dalam Kawasan atau Kawasan-Kawasan selain Kawasan mereka masing-masing, adalah sah di sisi undang-undang untuk mereka berbuat demikian tertakluk kepada arahan bertulis yang diberikan oleh Pengarah.