Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Rukun Tetangga (Pindaan) 2026

Feedback & supportAmends the Rukun Tetangga Act 2012

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Rukun Tetangga

(Pindaan) 2026.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Rukun Tetangga 2012 [Akta 751], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “orang yang mempunyai kepentingan”, berhubung dengan suatu Kawasan, ertinya seseorang—

(a)

yang memiliki atau mempunyai apa-apa jenis harta, sama ada harta kediaman, perdagangan, perindustrian atau pertanian atau selainnya di dalam Kawasan itu;

Undang-Undang Malaysia

AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

yang menjalankan perniagaan di dalam Kawasan itu, atau yang diambil kerja atau mempunyai tempat pekerjaan di dalam Kawasan itu;

(c)

yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana organisasi, persatuan, institusi atau badan yang ditubuhkan di dalam Kawasan itu atau yang beroperasi atau menjalankan aktiviti di dalam Kawasan itu; atau

(d)

yang mempunyai pertalian keluarga dengan mana-mana pemastautin di dalam Kawasan itu.’.

s 3Pindaan seksyen 3

Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “seorang pekhidmat awam” perkataan “yang melaksanakan kewajipan sebagai ketua jabatan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Rukun Tetangga”.

s 4Pindaan seksyen 7

Seksyen 7 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “apa-apa bilangan orang” dengan perkataan “apa-apa bilangan anggota”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “, orang yang mempunyai kepentingan dalam Kawasan itu dan orang lain, sebagaimana yang diluluskan oleh

Pengarah” dengan perkataan “atau orang yang mempunyai kepentingan di dalam Kawasan itu”;

(b)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Seseorang”

dengan perkataan “Seseorang pemastautin atau orang yang mempunyai kepentingan”;

Rukun Tetangga (Pindaan)

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga” perkataan “di bawah subseksyen (1)”; dan

(iii)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan

“atau pemastautin tetap”;

(c)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua tahun”

dengan perkataan “tiga tahun di dalam Kawasan yang sama”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “tiga penggal berturut-turut melainkan dengan kelulusan

Ketua Pengarah” dengan perkataan “dua penggal berturut-turut”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Walau apa pun subseksyen (4), seseorang yang terhenti daripada menjadi anggota Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga apabila habis tempoh pelantikannya bagi dua penggal berturut-turut di bawah subseksyen (4) boleh, dengan kelulusan Ketua Pengarah, dilantik semula bagi suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi satu penggal sebaik selepas habis tempoh pelantikan semulanya.”.

s 5Penggantian seksyen 9

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut:

s 9“Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

(1)

Pelantikan seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan

Rukun Tetangga di bawah subseksyen 7(1) atau pelantikan seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,

Penolong Setiausaha atau Bendahari bagi suatu Jawatankuasa

Kawasan Rukun Tetangga di bawah subseksyen 7(2) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Pengarah.

Undang-Undang Malaysia 6

(2)

Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang dilantik di bawah subseksyen 7(1) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengarah.

(3)

Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang dilantik di bawah subseksyen 7(2) sebagai Pengerusi,

Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha atau

Bendahari bagi Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya sebagai

Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha atau Bendahari dengan memberikan notis secara bertulis kepada

Pengarah.”.

s 6Pindaan seksyen 15

Subseksyen 15(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dua puluh orang pemastautin Kawasan itu yang berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun” dengan perkataan

“dua puluh orang, yang setiap seorang daripadanya merupakan seorang warganegara dan telah mencapai umur lapan belas tahun dan sama ada merupakan seorang pemastautin atau orang yang mempunyai kepentingan di dalam Kawasan itu”.

s 7Pindaan seksyen 17

Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Seseorang pemastautin di dalam Kawasan atau seseorang yang mempunyai kepentingan di dalam Kawasan atau seseorang yang telah diluluskan oleh Pengarah” dengan perkataan “Seseorang pemastautin atau orang yang mempunyai kepentingan di dalam

Kawasan, dan yang merupakan seorang warganegara”.

s 8Pindaan seksyen 23

Subseksyen 23(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“atau pekerja yang tidak termasuk dalam takrif Akta atau Ordinan itu yang gajinya sebulan melebihi dua ribu lima ratus ringgit tetapi tidak melebihi lima ribu ringgit”.

Rukun Tetangga (Pindaan)

(1)

Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang merupakan seorang pemastautin tetap yang dilantik sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus menjadi anggota

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu sehingga pelantikannya dibatalkan atau habis tempoh.

(2)

Seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela yang bukan merupakan seorang warganegara dan yang keanggotaannya telah diluluskan sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus menjadi anggota Skim Rondaan Sukarela itu sehingga pelantikannya ditamatkan.