Skip to content

Seksyen 9

Kecualian

of Akta Rukun Tetangga (Pindaan) 2026

Amendment ActIn forceProvision 9 of 9
Seksyen 9
(1)

Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang merupakan seorang pemastautin tetap yang dilantik sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus menjadi anggota

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu sehingga pelantikannya dibatalkan atau habis tempoh.

(2)

Seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela yang bukan merupakan seorang warganegara dan yang keanggotaannya telah diluluskan sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus menjadi anggota Skim Rondaan Sukarela itu sehingga pelantikannya ditamatkan.