Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2015 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada apa-apa pencen atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini boleh diserahhakkan atau dipindahkan, atau ditahan, diasingkan atau dilevi, bagi atau berkenaan dengan apa-apa jua hutang atau tuntutan selain—
hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan; atau
hutang yang kena dibayar kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 [Akta 767] berkenaan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan oleh Lembaga itu.".