Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

2. Section 2

Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45] dipinda dengan menggantikan seksyen 13 dengan seksyen yang berikut:

"Pencen tidak boleh diserahhakkan atau dipindahkan, dsb.

s 13Section 13

Tiada apa-apa pencen atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini boleh diserahhakkan atau dipindahkan, atau ditahan, diasingkan atau dilevi, bagi atau berkenaan dengan apa-apa jua hutang atau tuntutan selain—

(a)

hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan; atau

(b)

hutang yang kena dibayar kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 [Akta 767] berkenaan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang diberikan oleh Lembaga itu.".

Report