Seksyen 2
Takat pemakaian Bahagian II
of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990
Bahagian II Akta ini tidak terpakai bagi mana-mana tempat pekerjaan atau sebahagian daripadanya, yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Wilayah
Persekutuan.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah, mengisytiharkan Akta ini atau mana-mana peruntukannya terpakai bagi mana-mana tempat pekerjaan atau bagi mana-mana kelas tertentu tempat pekerjaan yang terletak di dalam kawasan mana-mana Majlis Perbandaran.
(3)
Apabila mula berkuat kuasanya apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di kawasan itu yang berhubungan dengan kawalan ke atas pembinaan bangunan hendaklah, berkenaan dengan tempat pekerjaan itu, terhenti berkuat kuasa.
Tafsiran