Seksyen 34
of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990
Seksyen 34
Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini dimansuhkan.
(2)
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan dalam subseksyen (1)
hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3)
Menteri boleh, bila mana didapatinya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian sama ada bagi maksud mengatasi kesulitan atau disebabkan oleh lulusnya Akta ini, melalui perintah membuat ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana peraturan-peraturan dalam subseksyen (2) sebagaimana yang difikirkannya patut.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 446