Skip to content

Seksyen 30

Rayuan

of Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

ActIn forceProvision 31 of 35
Seksyen 30
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana majikan yang terkilan oleh mana-mana perintah atau keputusan yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya boleh, dalam masa tiga puluh hari dari perintah atau keputusan bertulis itu diterima olehnya, merayu kepada Menteri.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 446

(2)

Sesuatu rayuan terhadap perintah atau keputusan seorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 26 tidak boleh dibawa kepada Menteri melainkan dan sehingga rayuan itu telah terlebih dahulu dibawa kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1).

(3)

Keputusan Menteri berkenaan dengan sesuatu rayuan di bawah seksyen ini adalah muktamad.

Kegagalan mematuhi perintah di bawah seksyen 5, 8, 12, 15

atau 19