Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 · Updated to 1 Jan 2019 · Bahagian V
32. Obligasi kerahsiaan
Feedback & supportTiada anggota Suruhanjaya dan pegawai dan pekhidmat
Suruhanjaya, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh mendedahkan apa-apa maklumat atau dokumen yang diperolehnya semasa menjalankan tugasnya.
Tiada orang lain yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu.
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Suruhanjaya, dia hendaklah memulangkan segala kertas dan dokumen yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh sebab keanggotaannya dalam Suruhanjaya kepada Setiausaha.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.