Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2019Read it in English

Act of Parliament

Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009

Feedback & supportA commission for appointing judges of the superior courts

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Pelantikan

Kehakiman 2009.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Perdana Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3)

Akta ini terpakai bagi pelantikan hakim-hakim Mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan pesuruhjaya kehakiman dan hendaklah termasuk pelantikan Ketua

Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah

Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim

Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang dibuat pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 8

s 2Mendukung kebebasan badan kehakiman

Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman dan mestilah mengambil kira—

(a)

perlunya mempertahankan kebebasan itu;

(b)

perlunya badan kehakiman mempunyai sokongan yang perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsinya;

(c)

perlunya kepentingan awam diwakili dengan sepatutnya berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan badan kehakiman, pentadbiran keadilan dan perkara-perkara yang berkaitan.

s 3Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota Suruhanjaya” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 5;

“hakim-hakim mahkamah atasan” ertinya pesuruhjaya kehakiman, hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah

Persekutuan dan hendaklah termasuk Ketua Hakim Negara

Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim

Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah

Tinggi di Sabah dan Sarawak;

“mahkamah atasan” ertinya Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan, Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak kecuali jika dinyatakan dengan khusus selainnya;

“mesyuarat pemilihan” ertinya suatu mesyuarat yang dipanggil untuk mempertimbangkan pemilihan orang yang layak untuk mengisi kekosongan dalam mahkamah atasan;

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 9

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha kepada Suruhanjaya;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Bahagian II

Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya

Bahagian IV

Bahagian V