Skip to content

Seksyen 13

Pendedahan kepentingan

of Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

ActIn forceProvision 23 of 47
Seksyen 13
(1)

Seseorang anggota Lembaga atau mana-mana anggota jawatankuasa

Lembaga yang mempunyai atau memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsung berhubung dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa Lembaga hendaklah mendedahkan kepada Lembaga atau jawatankuasa

Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, kewujudan kepentingannya dan jenis kepentingannya itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A926).

(3)

Sesuatu pendedahan di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga atau jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, selepas pendedahan itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

hendaklah tidak diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan., berhubungan dengan perkara itu.

(4)

Mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa Lembaga yang tidak mendedahkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 31

dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(5)

Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa

Lembaga boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini.

(6)

(Dipotong oleh Akta A926).