Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian II · Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
15. Fungsi Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
menasihati Menteri dalam segala perkara berhubungan dengan pasaran modal;
mengawal selia segala perkara berhubungan dengan pasaran modal;
memastikan bahawa peruntukan undang-undang sekuriti dipatuhi;
32
Undang-Undang Malaysia
mengawal selia pemgambilalihan dan pencantuman syarikat;
memajukan dan mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan pengurusan kumpulan wang, termasuklah skim unit amanah dan skim persaraan swasta;
bertanggungjawab bagi mengawasi dan menyelia aktiviti mana-mana syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan dan depositori pusat;
mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengekalkan keyakinan pelabur dalam pasaran modal dengan memastikan adanya perlindungan yang mencukupi bagi pelabur;
untuk memajukan dan menggalakkan perlakuan yang sesuai di kalangan organisasi peserta, peserta, gabungan, peserta depositori dan kesemua orang berlesen atau berdaftar sesuatu bursa, pusat penjelasan dan depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan;
membanteras amalan yang menyalahi undang-undang, yang hina dan yang tidak patut dalam pasaran modal, dan pemberian nasihat pelaburan atau perkhidmatan lain berhubungan dengan pasaran modal;
menimbangkan dan membuat syor bagi pembaharuan undang-undang sekuriti;
menggalakkan dan memajukan pembangunan pasaran modal di Malaysia termasuk penyelidikan dan latihan berkaitan dengannya;
menggalakkan dan memajukan pengawalseliaan sendiri oleh persatuan profesional atau institusi pasaran dalam pasaran modal;
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 33
melesenkan, mendaftarkan, membenarkan, meluluskan dan mengawasi semua orang yang melibatkan diri dalam aktiviti terkawal atau menyediakan perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang sekuriti;
memajukan dan mengekalkan integriti semua orang berlesen, orang berdaftar, orang yang telah diluluskan dan peserta dalam pasaran modal;
mendaftar atau mengiktiraf semua juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual bagi maksud Akta ini, dan untuk mengawasi mana-mana orang yang menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, berhubung dengan aktiviti pasaran modal;
(oa)
menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit di
Malaysia, dan untuk menggalakkan dan membangunkan suatu kerangka kerja pemantauan audit yang berkesan dan teguh di Malaysia;
mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistematik yang berbangkit daripada pasaran modal;
menggalakkan dan mengawal selia tadbir urus korporat dan piawaian perakaunan diluluskan untuk syarikat tersenarai; dan
menentukan dan meluluskan piawaian kelayakan profesional bagi pasaran modal.
(Dipotong oleh Akta A987).
Suruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi dan kuasa yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah undang-undang sekuriti.
34
Undang-Undang Malaysia
Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(l) boleh mengehadkan atau selainnya menyentuh fungsi Suruhanjaya.
Bagi maksud seksyen ini, “peserta depositori” ertinya orang yang baginya seksyen 9 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat)
1991 terpakai.